Kambing.

Nasihat Daripada Klinik Kesihatan,
untuk pengemar makan daging kambing

sekiranya makan nasi berlauk daging kambing, minta jangan terus makan sayur. jarakkan sekurang-kurangnya 1 – 2 jam. Baru makan sayur

Sekiranya terus makan sayur, di khuatiri kambing tadi akan meragut sayur di dalam perut anda.

Pesanan ikhlas dari,
Dr Tee Pu Kuat

10.

10 SEBAB ANDA PERLU BANTAH OCTOBER FEST

1- Budaya Orang Kafir
– October Fest merupakan sebuah acara keraian meminum arak yang datangnya dari negara German. Sejarahnya yang bermula pada tahun 1810 di German sempena pertabalan Putera Ludwig menjadi Raja Ludwig I serta perkahwinannya dengan Puteri Theresa. Raja Ludwig telah menjemput semua rakyatnya untuk meraikan majlis tersebut dengan minuman arak. Tarikh perkahwinan mereka adalah pada 12 oct 1810. Kini tarikh tersebut diraikan dengan nama OctoberFest sebagai manifestasi meraikan perkahwinan mereka.
– Asal usulnya jelas datang dari orang kafir. Sekiranya mereka ingin laksanakannya, buatlah di negara German. Tidak perlu membawa budaya kotor ini ke dalam Negara Islam Malaysia.

2- Tempat Awam
– OctoberFest juga dijadualkan akan berlangsung pada 11 oct 2018 (hari ini). Acara ini akan berjalan di Brotzeit, Mid Valley Megamall. Mid Valley adalah pusat beli belah yang terkenal di seluruh negara. Lokasinya yang terletak di Bangsar, betul-betul berada di Tengah Bandar dengan kepadatan penduduk yang tinggi menjadikan acara ini diadakan di tempat awam.
– Malaysia majoritinya beragama islam. Islam mengharamkan arak sama ada tertutup lebih-lebih lagi dibuat secara terbuka di tempat awam. 2 kali haram.

3- Tidak ‘Rahmatan Lil Alamin’
– Konsep Rahmatan Lil Alamin bermaksud mengikuti segala yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan larangannya. Barulah akan sampai rahmat Allah kepada manusia. Bukannya membenarkan semua perkara kononnya ingin menunjukkan toleransi kepada bukan Islam. Ini sudah menyalahi konsep rahmat seluruh alam. Acara ini pula akan berlangsung pada malam jumaat. Langsung tidak menghormati hari agung bagi umat islam yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia.
– Menteri Wilayah wajib bertegas menghalang acara ini daripada dilangsungkan di dalam negeri Islam.

4- Undang Bala daripada Allah
– Allah akan menurunkan bala apabila manusia kebanyakkannya membuat maksiat. OctoberFest menjadi contoh mudah di dalam memahami konsep ini. Apabila maksiat digemburkan, maka bala akan dituai di akhir acara. Bacalah peristiwa kehancuran umat manusia apabila mereka melakukan kemaksiatan beramai-ramai. Akhirnya, Allah hilangkan mereka dari peta dunia ini dalam keadaan mereka sedang bermaksiat. Jika bala dari Allah pun sudah tidak menakutkan manusia, apa lagi yang kita harapkan?

5- Larangan Allah, Laknat Rasulullah
– sejarah pengharaman Arak yang kerananya turun 3 kali ayat quran untuk mengharamkannya secara berperingkat. Ini menunjukkan didikan yang Allah berikan kepada manusia dalam meninggalkan perkara kebiasaan mereka. Arak telah diharamkan, kenapa perlu kita halalkan dengan program seperti ini meskipun untuk orang islam.
– Jagalah sensitiviti umat islam. Bukannya umat tidak islam sahaja yang perlu dijaga haknya. AMANAH sudah punya kuasa, halanglah maksiat ini!

6- Usaha Gerakan Liberal
– Gerakan Liberal tidak pernah senang melihat islam dan umatnya berjalan dengan ajaran yang betul. Sudah pasti penganjuran OctoberFest ini akan menyebabkan mereka bertepuk tangan gembira melihat satu demi satu desakan mereka diterima pemerintah dan masyarakat. Jika tiada OctoberFest pun mereka sudah bebas minum arak, apatah lagi dengan berlangsungnya acara maksiat dan hina ini. Jangan beri muka kepada mereka !

7- Kesan Arak yang merbahaya
– Arak telah terbukti menjadi perosak kepada individu, masyarakat dan negara. Lihatlah di media sosial tentang natijah Pesta Arak seperti ini. Mereka yang mabuk menimbulkan kekacauan kepada orang awam.
– Terkini, puluhan orang telah mati kerana meminum arak. Lagi mahu teruskan acara ini?
– Berapa ramai pemandu mabuk telah mengakibatkan kemalangan maut kepada mereka yang tidak bersalah. Lagi mahu teruskan?
– Sudah pasti selepas acara minum arak ini akan berlaku acara perzinaan yang hebat kerana masing-masing telah hilang kewarasan akalnya.

8- Dosa awam
– jika mengikut tafsiran menteri agama. OctoberFest ini sudah termasuk dosa awam. Mereka bukan lagi sorok-sorok di dalam rumah untuk minum arak. Tetapi mereka sudah terbuka sehingga tergamak melakukan di pusat membeli-belah.
– “DOSA AWAM” seperti ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk halang. Jangan berdalih lagi !

9- Menghormati Pemergian Qari
– Kita baru sahaja dikejutkan dengan kematian Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari. Beliau adalah tokoh Qari di Malaysia. Butir rahmat telah hilang dari kita. Sepatutnya ia menjadi pemangkin untuk generasi baru mendalami Al-Quran. Bukannya melaksanakan acara minum arak.
– Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

10- Iktibar dari bencana di Palu
– Kita menyaksikan bagaimana Allah memukul Negeri Palu dengan tenteranya. Ambillah iktibar darinya. Tidak sampai sebulan Palu dipukul, kita pula sepertinya mencabar kuasa Allah dengan melaksanakan acara seperti ini. Jika masyarakat Palu masih meneruskan aktiviti Syirik mereka walaupun telah diuji sebegitu rupa. Maka kita tunjukkanlah kelainan dan keizzahan dalam diri kita dengan membatalkan acara seperti ini.

Ya Allah, engkau saksikan bahawa aku telah sampaikan.

#bantahOctoberFest
#MalaysiaNegaraIslam